Thursday, February 01, 2007

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Tentu ramai di kalangan pembaca telah tahu apa itu kebaikan dan kejahatan. Ketika di sekolah rendah lagi dan saya berada dalam darjah empat di sekolah Agama, saya telah dibentangkan dengan Surah al-An'am ayat:160 tentang ganjaran amalan baik dan buruk. Ketika itu, ustazah kerap menyuruh kami menghafaz ayat tersebut dan terjemahannya bagi setiap satu kalimah. Setiap kali ustazah masuk kelas mengajar subjek tafsir, pasti ada sahaja di antara kami yang akan disoal olehnya samada menyambung ayat, sebutkan terjemahan atau tulis di papan hitam. Seandainya tidak dapat melakukan, akibatnya satu cubitan hinggap di lengan pelajar-pelajar.

Kini saya bertemu pula dengan sebuah hadith yang berkaitan dengan amalan baik dan buruk. Cuma, pada kali ini saya tidak dicubit seandainya tidak menghafaznya tapi seandainya saya tidak mengambil pengajaran dan faedah yang terdapat di dalamnya, saya adalah seorang yang rugi. Ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat, bahawa bagi setiap perbuatan baik yang dilakukan mendapat 10 ganjaran kebaikan yang seumpamanya dan digandakan hingga 700 kali ganda. Kebaikan diertikan dengan setiap perkara baik pada diri, badan, dan keadaan individu. Allah telah berfirman dalam surah an-Nisa' ayat:79, terjemahannya: Apa-apa kebaikan yang kamu perolehi adalah daripada Allah dan apa-apa kejahatan yang menimpamu adalah dari sebab dirimu sendiri.

Kesan melakukan kebaikan

* Perbuatan baik adalah perbuatan yang besar untuk mendekatkan diri kepada Allah. Apa jua perbuatan baik ia adalah wasilah untuk dekat dengan Allah.

* Sebagai sebab bagi menghalang daripada berlaku kemurkaan dan kemarahan Allah.

* Menjadikan hati dan wajah bercahaya serta kuat pada Agama.
Ibnu Abbas telah berkata: Bahawa kebaikan itu menerangi wajah, bercahaya pada hati, meluaskan rezeki, kuat pada badan dan kasih sayang dalam hati.

* Kebaikan membawa manusia kepada golongan yang baik kerana apabila baik hatinya maka akan melarang diirnya dari membuat maksiat.

* Menghasilkan pahala yang besar.

* Menghalangnya daripada keburukan di dunia dan akhirat.

* Mendapat darjat di sisi Allah dan pengampunan serta rezeki yang mulia.

* Allah memerintahkan kepada para malaikat untuk menetapkan hati-hati orang mukmin.

* Terangkat di dunia dan akhirat.

* Allah menjadikan kepada mereka yang beriman dan beramal solih ini kasih sayang.

Manakala, kejahatan adalah semua perkara yang menyusahkan hati manusia dunia, akhirat, daripada keadaan diri, badan, harta dan sebagainya. Bahawasanya, kejahatan itu menghitamkan wajah, menggelapkan kubur dan hatinya, lesu pada badan, kurang rezeki dan boleh mendatangkan kemarahan hati.

Sesungguhnya, besarnya kelebihan Allah ini, setiap amalan kejahatan hanya ditulis satu kejahatan dan tidak digandakan seperti firman Allah pada ayat 160 surah al-An'am: "Barangsiapa yang datang dengan membawa satu kejahatan, maka tiadalah ia dibalasi, melainkan dengan seumpamanya." Kejahatan hanya berganda pada masa, tempat dan bertambahnya orang yang melakukan kejahatan tersebut.

Asal pada kesalahan atau kata lainnya, keburukan itu berkaitan dengan hubungan hati selain daripada Allah seperti syirik, taat pada kekuatan marah iaitu terlalu mengikut nafsu marah seperti membunuh dan taat kepada kekuatan syahwat seperti berzina. Firman Allah dalam ayat: 68 surah al-Furqan, terjemahannya: "Dan orang-orang yang tiada menyembah Tuhan lain bersama Allah, dan tiada pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barangsiapa yang perbuat demikian, nescaya akan menemui dosa."

Sesungguhnya maksiat atau perbuatan buruk ini memberi kesan pada diri dan hati yang mana ia lebih besar dari racun. Di dalam Quran juga ada menyebutkan tentang dosa kecil dan dosa besar. Sahabat saya ada menyampaikan kepada saya sepotong hadith atau kata-kata, saya kurang pasti, bunyinya begini..."Jangan kita lihat pada kecilnya kesalahan tapi lihatlah pada maksiat yang dilakukan".

Apakah kemudharatan maksiat?

* Hilang kasih sayang di antara individu dengan Allah dan dengan manusia.

* Timbul perkara yang menyusahkan.

* Gelap hatinya.

* Menghilangkan ketaatan. Sesungguhnya ketaatan membawa kepada ketaatan dan maksiat akan mewarisi maksiat yang membawa kepada maksiat yang lain.

* Menghilangkan keberkatan hidup.

* Sebab hinanya seorang hamba di sisi Allah.

* Bahawa maksiat mewarisi kehinaan.

* Maksiat akan merosakkan akal dan menghilangkan cahaya.

* Banyaknya tanda pada hati, dan itu adalah tanda orang yang lalai.

Lantaran itu, kita mesti selalu tajdidkan niat, selalu berniat untuk melakukan amal baik dan berterusan padanya. Ke mana sahaja kita pergi dan apa sahaja perbuatan kita biarlah beserta dengan niat dan niat itu biarlah niat baik.

Di antara cara untuk kita capai cita-cita bagi melakukan amalan kebaikan dan istiqomah padanya ada beberapa perkara:

1) Buang segala yang buruk pada diri dan gantikan dengan perkara yang baik.
2) Sentiasa bermujahadah dan berdoa mohon kekuatan dan petunjuk dari Allah.
3) Hidup berlandaskan Quran dan Sunnah.
4) Bercampur dengan ulama', auliya' dan para solihin.

Sesungguhnya besarnya rahmat Allah ini, menggandakan setiap kebaikan dan tidak menggandakan setiap keburukan yang dilakukan di mana setiap satu keburukan hanya ditulis satu keburukan yang seumpama dengannya. Malah, bagi sesiapa yang berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan tapi tidak melakukannya, ditulis untuknya satu kebaikan dan seandainya dia melakukannya maka ditulis untuknya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda. Bagi sesiapa yang berniat untuk melakukan kejahatan tapi tidak melakukannya, ditulis padanya satu kebaikan dan sekiranya dia melakukannya, maka ditulis padanya satu kejahatan dan tidak digandakan. Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan sesuatu kejahatan kerana Allah, baginya pahala dan Allah gantikan padanya itu satu kebaikan.

Sesungguhnya manusia diberi oleh Allah 3 anugerah berharga iaitu: Akal, Hati dan Nafsu. Pimpinlah ia sebagaimana kamu memimpin diri, kawallah ia sebagaimana yang dipandukan Agama dan syari'at. Oleh itu, sentiasalah melakukan amalan yang baik beserta dengan niat kerana setiap amalan dinilai daripada niatnya. Marilah sentiasa muhasabah diri dan perbaiki niat, moga-moga kita tergolong di kalangan hamba Allah yang solih dan solihah....Amin


p/s: saya budak baru belajar..mungkin banyak kesilapan..mohon petunjuk daripada sahabat pembaca..

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT

1) Niat yang baik
2) Berdoa untuknya dengan ikhlas
3) Datang pada waktu yang sesuai
4) Tidak menghadap ke arah pintu ketika minta izin untuk masuk
5) Jangan buka pintu luas-luas
6) Pekenalkan diri ( Perkenalkan nama )
7) Tidak duduk terlalu lama
8) Tundukkan pandangan (Menjaga pandangan dari memandang merata di dalam rumah pesakit)
9) Sedikitkan soalan
10) Rendahkan diri
11) Beri harapan kepadanya dengan harapan semoga pesakit cepat sembuh
12) Ingatkan pesakit jangan risau dengan kesakitan dan sabarkan serta tenangkan hatinya

Saturday, August 05, 2006

10 Sebab Doa Tidak Diperkenankan
Dari Syaqiq Al Balkhi berkata:

" Suatu hari Ibrahim Bin dham ( Abu Ishaq ) berjalan di pasar Basrah lalu dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya:

" Ya Abu Ishaq, Allah berfirman:bermaksud( Mintalah olehmu sekalian kepada Ku nescaya aku kabulkan). Dan kami telah setahun berdoa tapi doa kami belum dikabulkan".

Ibrahim Bin Adham pun menjawab: " Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedang hati kamu tertutup dengan 10 perkara:

1. Kamu telah mengetahui Allah tapi belum menunaikan haq-haqNya.
2. Kamu telah membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi kamu masih mentaatinya mengikut suruhannya
4. Kamu Mengatakan kamu umat nabi Muhammad S.A.W tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.
5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak nersiap-siap menghadapinya.
8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat tuhan tetapi tidak mahu bersyukur kepadanya.
10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka".

TIADA HENTI

Meniti bilahan hari yang sentiasa mengejar....
Meniti bilahan waktu yang sentiasa berlari
Mengikut putarannya....
Meniti bilahan saat yang sentiasa beredar
Mengikut rentaknya....

Hari demi hari berlalu....
Waktu demi waktu berputar
Saat demi saat beredar
Hari, waktu dan saat tidak pernah
menunggu....
Jua tidak pernah berhenti dan sentiasa berganti

Namun manusia masih lupa
Lalai dan alpa dengan nikmat dunia
Yang di hadapan mata
Nikmat yang sementara....
Masih ada cintakan dunia
Terpalit di jiwa

Biarlah...biarlah ia beredar, biarlah ia berganti
Esok masih ada, umur masih panjang
Peluang ada lagi sebelum tiba hari penamat

al-widad

Thursday, July 06, 2006

MUSLIMAH PENCORAK GENERASI RABBANI

Redup wajahmu...disirami nur ilahi
Hemah tuturmu...sulaman akhlak terpuji
Pendirian nan jitu...biasan iman lakari hati
Muslimah solehah pagari peribadi

Generasi harapan...
Terhenyak lesu tanpa pimpinan
Rapuh iman tercampak ke lembah kehinaan
Mengharap mentari...
Lorongi jalan terangi kegelapan
Hidayah ar-Rahman susuri jiwa yang ketandusan

Wahai Muslimah.....
Pundakmu bebani taklifan
Teraju amanah dasari kebijaksanaan
Kelembutan bukan nilaian
Ketegasan di tiraian iman
Dirimu pencorak ummah tuju gemilang

Sirah nan silam...
Jadikan pengalaman
Mencorak insan di dalam acuan ketaqwaan
Saidina Hussin dinaungi cahaya kerahmatan
Didikan Fatimah bonda kesayangan


Binalah jati diri srikandi
Membimbing ummah... memimpin daulah
Muslimah pencorak generasi rabbani...

al-widad

Tuesday, July 04, 2006

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati yang mana ia diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

* Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a katakanlah :" Ya,Allah jadikan hatiku bersih, " Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100x sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murahrezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

*Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

*Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Surah 3 Qul" sebanyak 3x. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf perlu sebutkan ( bisikan kepada diri perkara yang positif ). Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehandiri sendiri. Katakan lah " Aku sebenarnya......( perkara yang elok-elok belaka )

* Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati " Ya,Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif ". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. CUBALAH!!

* Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. Cuba ingat tentang mati ( Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

* Kekalkan wuduk.

* Bersedekah. Jaga makanan. Jangan makan makanan yang syubhah.

* Berkawan dengan ulama. Berkawan dengan orang miskin ( menginsafi ).

* Menjaga pancaindera ( mata, telinga, mulut...dsb ), jangan dengar orang mengumpat.


"Teman Sejati Bukan yang Selalu Dekat DiMata,
Dekat Bicaranya Tetapi Dia yang Setia di Hati dan
Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya"



p/s...selamat mencuba....,agar anda akan menjadi insan yang cemerlang....

Sunday, June 25, 2006


Assalamualaikum ...

Buat renungan bersama...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu " iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

PERPISAHAN

Perpisahan....
Menghiris hati...
Namun...rindu tetap merindu...
menggantikan kehadiran mu

Erti kasih semakin menjadi
Dalam kesetiaan ini
Moga dikau mengerti dirimu
Sentiasa dalam ingatan

Setiap saat kita bersama
Kita amat bahagia
Kerana masa tersebut
Dipenuhi dengan kemesraan yang erat

Di kejauhan ini
Ku panjatkan doa
Semoga ukhwah di antara kita
Akan terus berkekalan

Wednesday, April 05, 2006

Ha, jom kita saling beringat....

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat. Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri...Saidina Ali r.a menceritakan suatu ketika beliau melihat rasulullah menangis ketika mana ia datang bersama Fatimah Az-Zahra'. Lalu keduanya bertanya mengapa baginda menangis. Baginda menjawab, " pada malam aku diIsra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya aku menangis kerana menyaksikan mereka yang sangat berat siksaanya...Puteri baginda lalu bertanya tentang apa yang dilihat oleh ayahandanya. Aku melihat ada perempuan digantung rambutnya sedang otaknya mendidih. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya sedang tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku melihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan tangannya terikat sampai ke ubun-ubunnya. Dihulurkan ular dan kalajengking dan aku melihat perempuan yang makan badannya sendiri. Di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku melihat perempuan yang bermuka hitam memakan tali perutnya sendiri. Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan buta matanya, dimasukkan ke dalam peti yg dibuat dari api neraka sedang otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta. Aku melihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan yang dihadapinya. Aku melihat perempuan yang seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar melalui duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka " kata baginda. Saidatina Fatimah Az-zahra' kemudian bertanya mengapa mereka disiksa seperti itu, rasul menjawab. Wahai puteriku, adapun mereka yg tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang tergantung susunya adalah isteri-isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat pada suaminya, ia keluar rumah tanpa minta izin suaminya, dan perempuan yg tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang kedua kaki dan tangannya terikat ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana ia bisa sholat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suaminya. Mendengar itu, Saidina.Ali dan Saidatina Fatimah pun turut menangis. Inilah peringatan kepada kaum wanita.

Friday, March 24, 2006

UNTAIAN MADAH

TAKUTKAN ALLAH BENTENG
CINTAKAN ALLAH MENYERAH APA SAHAJA
TAWAKAL PADA ALLAH KETENANGAN JIWA
DAN YAKIN DENGAN JANJI ALLAH PENGHIBUR HATI

AKHLAK ISLAM

Macamne kita nak dapatkan akhlak yang baik.....maka ikutlah macam nabi kita kekasih Allah Muhammad S.A.W berdasarkan Quran dan Sunnah....Akhlak Islam berbeza dari akhlak Wad'iyyah yang mana akhlak Islam sangat terpuji dan mulia...antaranya....:

1. Berani dalam segala hal yang positif, membela keberanian serta sanggup menghadapi tentangan dan ancaman.
2. Adil dalam menentukan sesuatu tanpa membezakan kedudukan.
3. Bijaksana dalam menghadapi dan memutuskan sesuatu.
4. Mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan sendiri.
5. pemurah dan suka menafkahkan hartanya pada waktu senang mahupun susah.
6. Ikhlasa dalam melakukan setiap amal perbuatan semata-mata kerana Allah.
7. Cepat bertaubat dan meminta ampun kepada Allah jika melakukan dosa.
8. Jujur dan benar.
9. Tenang dalam menghadapi pelbagai masalah, tidak keluh-kesah dan gundah-gulana.
10. Amanah.
11. Sabar dalam menghadapi setiap cubaan.
12. Pemaaf.
13. Penuh kasih sayang dan belas kasihan.
14. Lapang hati dan tidak membalas dendam.
15. Selalu optimis dalam menghadapi kehidupan dan penuh mengharap kepada Allah.
16. Malu melakukan perbuatan yang tidak baik.
17. Merandah diri.
18. Mengutamakan kedamaian daripada permusuhan.
19. Zuhud dan tidak rakus dalam kehidupan duniawi.
20. redha atas ketentuan Allah.
21. Setia terhadap teman, sahabat dan sesiapa yang ada pertalian dengannya.
22. bersyukur atas segala ni'mat yang diberikan dan menerima segala musibah dan berterima kasih sesama manusia.
23. Mengutamakan musyawarah dalam melaksanakan keputusan.
24. Bertawakal selepas segala usaha dilakukan.
25. Dinamis dalam mengejar tujuan dan cita-cita.
26. Murah senyuman dan ceria setiap kali memandang orang lain dan orang senang dengan dirinya.
27. Selalu memerhatikan jiran dalam dan luar tempat tinggal.
28. menghormati dan menghargai orang lain dengan tulus tanpa memandang latar belakang, pangkat dan kedudukan.
29. Menjauhi sikap irihati dan dengki.
30. Rela berkorban demi kepentingan agama dan keselamatan umat Islam.

Tuesday, March 21, 2006

CAS DAN KESEIMBANGANNYA

Pernah sahabat-sahabat lihat, ada orang rehatnya banyak dan tidurnya lama, tetapi badannya tidak cergas. Ada orang rehatnya sedikit dan tidurnya sekejap tetapi badannya kuat. Pernahkah sahabat berfikir mengapa hal ini terjadi? Sepatutnya orang yang banyak berehat badannya lebih sihat daripada orang yang bekerja kuat dan rehatnya sedikit.

Kita selalu menyangka apabila kita terlalu menggunakan otak dalam kegiatan harian kita, kita akan mudah sakit kepala, otak akan sakit dan fungsi keberkesanannya akan berkurangan. Walaupun hal ini kadangkala ada benarnya, realitinya bukanlah begitu. Otak semakin digunakan ia akan semakin efisyen. Otak yang lemah adalah otak yang terbiar dan jarang digunakan untuk berfikir, mengingat dan mengenali penciptanya.

Kita lihat pada contoh sebuah kereta yang mengalami kerosakan apabila enjinnya tidak dihidupkan untuk jangka masa lama. Ia akan semakin rosak jika hanya dihidupkan tanpa dipandu. Prestasinya juga akan menurun jika ia tidak pernah dipandu laju. Ini bermakna semakin kerap sesebuah kereta itu dipandu ia akan berada dalam keadaan yang semakin baik, meskipun beberapa hal akan mengalami kesusutan.

Demikianlah otak dan keseluruhan badan kita. Semakin kerap otak digunakan untuk berfikir, menyimpan ilmu dan dibawa mengenal penciptanya, ia semakin terlatih dan cekap. Semakin lama tidak digunakan, ia semakin lemah dan hilang wibawa.

Sebenarnya sahabt-sahabat, keseluruhan badan kita mengalami keadaan yang sama. Semakin lama jari-jari tidak digunakan untuk mengetuk papan kekunci komputer, semakin hilanglah kemahirannya. Setelah setahun tidak menulis menggunakan komputer, jari-jemari akan menjadi "kaku". Kita gagal menggunakan fungsi jari pada satu-satu huruf. Pada hal sebelumnya kita boleh menaip tanpa melihat papan kekunci pun.

Cuba kita kaitkan sola pergerakan tubuh dan penggunaan otak secara kerap dengan kewajipan yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam yang mukallaf dalam hidup mereka. Kewajipan yang dimaksudkan itu ialah kewajipan sembahyang fardu lima kali sehari.

Kajian tentang sembahyang telah dilakukan oleh seorang profesor dari Amerika. Beliau bukan sekadar mengkaji sembahyang itu bahkan tentang perintah berjemaah sekali. Beliau mencari sebab mengapa Islam mementingkan berjemaah apabila sembahyang. Kajiannya mendapati tubuh manusia mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif.


Menurut profesor berkenaan, dalam aktiviti harian seseorang manusia, proses pembakaran tenaga akan berlaku. Dalam proses ini berlaku pertukaran cas antara positif dengan negatif. Akibatnya berlaku ketidakseimbangan cas dalam tubuh. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Kajian ini menunjukkan sembahyang berjamaah itu dan jumlah rakaat yang berbeza-beza antara solat dengan solat yang lain akan menyeimbangkan cas-cas berkenaan. Dalam sembahyang berjemaah, makmum perlu meluruskan barisan, digalakkan bertemu bahu dan bersentuhan hujung jari kaki. Cas yang berlebihan, sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan dalam keadaan begini manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam badan. Semakin lama sentuhan ini berlaku, semakin seimbanglah cas-cas yang dikeluarkan ataupun ditarik ke dalam.

Beliau menyatakan, apabila kita tidur, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Justeru itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, sembahyang Subuh hanya dua rakaat.
Setelah sehari suntuk bekerja keras dan memerah otak, semua cas kembali tidak seimbang. Dengan sembahyang berjamaah sebanyak empat rakaat, hal ini dapat diperbetulkan. Empat rakaat bererti memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas.


Situasi yang sama berlaku pada sebelah petang tatkala banyak tenaga dikeluarkan untuk menyambung kembali tugas. Sekali lagi kita kehilangan banyak cas. Dengan hukum supaya mengerjakan sembahyang Asar sebanyak empat rakaat itu, tubuh kita mendapat peluang untuk mendapat cas-cas yang diperlukan.

Selalunya pada waktu sebelah malam kita kurang pula menggunakan tenaga. Antara waktu Maghrib membawa ke Isya' masa yang ada hanya kira-kira sejam. Maka sembahyang Maghrib dilakukan hanya tiga rakaat. Kemudian timbullah persoalan difikirkan profesor berkenaan tentang sembahyang Isya'. Mengapa ia mesti dilakukan sebanyak empat rakaat sedangkan pada waktu itu kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pertukaran cas yang banyak.

Keistemewaan empat rakaat pada waktu Isya' akan menstabilkan cas serta memberi tenaga untuk kita bangun malam bagi mengerjakan qiamulail. Tanpa ragu-ragu beliau mengatakan betapa agama Islam itu sangat lengkap dan istimewa sekali. Bagi orang yang mahu berfikir dan menggunakan otak, dia akan mempelajari banyak perkara tetapi orang yang malas akan hanya menimbunkan kebebalannya.

Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa semakin banyak kita menggerakkan tubuh mengikut keperluan dan kesesuaian maka akan semakin cemerlang dan hebatlah kita, sebaliknya semakin malas kita melakukan apa-apa akan semakin lemah dan bekulah kita. Semakin kerap kita menggunakan otak untuk berfikir, mengingat dan mengenal penciptanya akan semakin cemerlanglah otak kita. Sebaliknya semakin malas kita menelaah semakin bebal dan lemahlah kita.

Pilihan sentiasa terletak di tangan kita sendiri.

(PSIKOLOGI)


p/s: kajian menurut profesor dari Amerika....maaf andai ada kesilapan..

Saturday, March 18, 2006

PUTARAN MASA

Putaran masa
Telah memisahkan kita
Segalanya ketentuan maha Esa
Bersabarlah atas segalanya
Kita hanya hamba yang lemah

Gelak tawamu kan daku ingati sahabat
Di dalam hati sebagai satu memori
Semoga Allah kan memberkatimu
Di atas perpisahan ini

Mengapa kita dipertemukan
Dan mengapa jua kita dipisahkan
Mungkinkah ini satu dugaan
Dalam realiti kehidupan


Ya Allah
Berikanlah kekuatan dan ketabahan iman
Moga diberkati perpisahan ini
Dalam dakapan kasih Mu tuhan

Ku mohon keredhaan
Moga yang terindah kan terungkap kembali

Friday, March 17, 2006

Pasrah Padamu

Derap kaki mula melangkah
Menuju salam perjuangan
Segalanya akan bermula... di sini

Tegakah kau hati
Menempuh duri nan berbisa
Yang akan kau hadapi kelak
Mampukah kau berpijak di bumi nyata

Oh Tuhan...
Kerana lambaian kasihMu... aku di sini
Mencari sinar mentari kehidupan

Aku bukanlah yang selayaknya
Kerdil lagi hina diri ini di hadapanMu
Namun, Qada' dan Qadar Mu aku pasrah
Demi maghfirah, demi haruman syurgawi

Tuhan...
Sekelumit jiwa ini berbicara
Untuk sekian mehnah yang kau berikan
Ku bersyukur, lantaran ujianMu yang Maha hebat
Kini ku terasa dekat denganMu
Sesungguhnya hati ini amat merindui
Belaian kasih abadi

Sedetik hati ini mengadu
Kepada Mu yang Esa
Bahawa... kehidupan perlu ku teruskan

Terima kasih Tuhan...
Atas kesedaran ini, untuk ku menikmati
Kemanisan iman, dan nur kasih Mu

al widad .....

Friday, March 03, 2006

Biar apa orang kata,
Biar apa ujian yang melanda
PERCAYALAH di sebalik yang buruk itu ada nilainya
Di sebalik kaca yang pecah itu ada manfaatnya
Dan di sebalik tohmahan yang dihamburkan
Ada kesedaran yang Allah berikan untuk hambaNya
Meneliti dan berfikir setiap kejadian serta ciptaan agungNya

Thursday, March 02, 2006

Hidup ini umpama roda berpusing-pusing...kadang kala merasakan kebahagiaan dan adakalanya kita akan menghadapi cabaran kehidupan..... Kadang kita macam tak mampu menghadapi pelbagai permainan hidup tapi, sebenarnya di sana ada hikmah yang Allah cuba berikan kepada kita. Dugaan hanya untuk menguji tahap keimanan. Jadi, mengapa kita perlu bersedih kerana dugaan itu banyak mengajar mengenal erti kehidupan...memberi pengalaman dan ilmu yang adakalanya tanpa kita sedari kita perolehi ilmu tersebut...percayalah bahawa nusrah Allah sentiasa bersama hambanya yang ikhlas. kadang, ada sahaja dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari. muhasabah diri setiap hari agar diri tidak terus jatuh dek arus kehidupan dan dugaan...kerana dugaan itu akan lebih mengakrabkan diri kita kepada Allah dan itu tandanya Allah menyayangi kita. Bahawa Dia merindukan rintihan hambaNya kepadaNya...andai kita redha atas pemberianNya, InsyaAllah kebaikan yang akan kita perolehi...andai diri ini rasa terleka, diri ini kerap merenung kalam Mustapa Masyhur yang rasanya cukup indah sebagai ingatan diri.....

kita sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda,
apakah kita tidak merenung sejenak untuk bersimpuh di ampaian rahmatNya
bagi mengetuk pintu ilahi menagih rahmat dan keampunan.
bangunlah Qiamullail sebagaimana bangun seorang fakir dan hina
merangkak dalam sayap kegelapan malam
untuk mengetuk pintu pemilikNya yang mulia
lantas bersimpuh atas pintuNya
dalam keadaan hina, pasrah, rasa kekurangan
dan mengaku atas segala silap yang dilakukan
dan merasakan amat perlu pada keampunan dan keredhaanNya
serta restu dan rahmatNya.
KETAHUILAH pintu tuhanmu pada kegelapan malam
munajat hamba yang ikhlas
( Mustapa Masyhur )

Wednesday, March 01, 2006

cerita timur...

sejak kecil, aku sering menghadap jendela menyaksikan keindahan alam, kehijauan dedaun, kicauan beburung, dan celahan angin yang meniup sesepoi bahasa membuatkan hatiku terdetik "oh, cantiknye alam ini ye". sering aku bertanya kepada diriku sendiri "kan seronok kalau aku jadi burung, dapat terbang keawan". hatiku makin seronok melihat kicauan beburung terbang mengelilingi angkasa bersama-sama. tiba-tiba aku tersentak dek sahutan ibuku "sayang, mari makan". aku bergegas lari mendapatkan ibuku didapur sambil fikiranku masih bermain dengan keindahan alam. "ibu... mengapa burung dapat terbang?" ibuku tersenyum "sayang, burung dapat terbang kerana mempunyai sayap". "ooo" aku mengangguk sebagai tanda faham, namun hatiku masih ingin bertanyakan sesuatu "tapi ibu, kan seronok kalau adik dapat terbang, terbang ke atas awan dengan kawan-kawan dan bernyanyi bersama". ibu hanya tersenyum "betul tu sayang, memang seronok kalau kita boleh terbang keawan, cube lihat burung di atas tanah tu!" aku menoleh "ooo, burung tu, dia sedang mematuk mencari makan". sapa ibuku "em, pandai pun sayang ibu, walaupun burung mempunyai sayap untuk terbang, tapi cube lihat burung tadi, makan mematuk guna paruh saje" aku menyampuk "adik tak nak makan cara macam tu" ibu terus memelukku "sayang, kita patut bersyukur dengan kejadian kita, kita dipunyakan sesuatu yang lebih berharga dari sayap burung tadi, kita ada akal untuk berfikir mana yang elok, inilah harga pemberian Allah untuk manusia, tidak pada makhluk yang lain contohnye burung, tapi kita jangan lupa dan alpa dengan nikmat akal ni, sebab kadang kala kita boleh jadi lebih teruk dari makhluk yang lain, sayang fahamkan" aku berfikir sejenak dengan kata-kata ibuku tadi "adik faham ibu, terima kasih ibu, terima kasih Allah (alhamdulillah), adik akan cube jadi anak yang baik dan gunakan tangan adik dengan akal untuk melakukan perkara-perkara baik, adik nak tolong ibu hari-hari, bolehkan?" ibu tersenyum sambil menciumku "boleh sayang"

"life is just like a wheel, the good things will come over after the bad things
and the bad things will come over after the good things,
it will be happen again and again"
only iman and taqwa will protect it...

Tuesday, February 28, 2006

"permata"
lahir mu kedunia,
membawa seribu bahagia,
seperti mentari bercahya,
menerangi alam semesta... kaulah permata
diri mu bersih umpama,
salju di gunung himalaya,
harapan menjadi insan bertaqwa,
ithmi'nan namamu indah... kaulah permata
sedalam laut, dalam lagi kasih ku,
kaulah kuntum permata ayah dan jua ibu,
seluas langit, luas lagi sayang ku,
pimpinlah impian bersama restu,
oh... setenangnya namamu,
tenang hatiku ini,
bila ku melihat manis,
senyuman dibibirmu,
mekarlah bunga jambangan,
bersama doa siraman,
hiasilah kehidupan,
dengan cahaya nur Iman... ithmi'nan
kaulah permata...

Saturday, February 18, 2006

Sesungguhnya kalahnya musuh kerana sifat angkuh
Menangnya panglima kerana semangat sabar dan usaha
Ikutlah resmi padi makin berisi tunduk ke bumi
Bukan seperti lalang tinggi mendongak langit

Andai musuh datang, tentanglah dengan senjata
Andai dugaan datang, sejukkanlah dengan kesabaran dan keimanan