Friday, March 24, 2006

UNTAIAN MADAH

TAKUTKAN ALLAH BENTENG
CINTAKAN ALLAH MENYERAH APA SAHAJA
TAWAKAL PADA ALLAH KETENANGAN JIWA
DAN YAKIN DENGAN JANJI ALLAH PENGHIBUR HATI

AKHLAK ISLAM

Macamne kita nak dapatkan akhlak yang baik.....maka ikutlah macam nabi kita kekasih Allah Muhammad S.A.W berdasarkan Quran dan Sunnah....Akhlak Islam berbeza dari akhlak Wad'iyyah yang mana akhlak Islam sangat terpuji dan mulia...antaranya....:

1. Berani dalam segala hal yang positif, membela keberanian serta sanggup menghadapi tentangan dan ancaman.
2. Adil dalam menentukan sesuatu tanpa membezakan kedudukan.
3. Bijaksana dalam menghadapi dan memutuskan sesuatu.
4. Mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan sendiri.
5. pemurah dan suka menafkahkan hartanya pada waktu senang mahupun susah.
6. Ikhlasa dalam melakukan setiap amal perbuatan semata-mata kerana Allah.
7. Cepat bertaubat dan meminta ampun kepada Allah jika melakukan dosa.
8. Jujur dan benar.
9. Tenang dalam menghadapi pelbagai masalah, tidak keluh-kesah dan gundah-gulana.
10. Amanah.
11. Sabar dalam menghadapi setiap cubaan.
12. Pemaaf.
13. Penuh kasih sayang dan belas kasihan.
14. Lapang hati dan tidak membalas dendam.
15. Selalu optimis dalam menghadapi kehidupan dan penuh mengharap kepada Allah.
16. Malu melakukan perbuatan yang tidak baik.
17. Merandah diri.
18. Mengutamakan kedamaian daripada permusuhan.
19. Zuhud dan tidak rakus dalam kehidupan duniawi.
20. redha atas ketentuan Allah.
21. Setia terhadap teman, sahabat dan sesiapa yang ada pertalian dengannya.
22. bersyukur atas segala ni'mat yang diberikan dan menerima segala musibah dan berterima kasih sesama manusia.
23. Mengutamakan musyawarah dalam melaksanakan keputusan.
24. Bertawakal selepas segala usaha dilakukan.
25. Dinamis dalam mengejar tujuan dan cita-cita.
26. Murah senyuman dan ceria setiap kali memandang orang lain dan orang senang dengan dirinya.
27. Selalu memerhatikan jiran dalam dan luar tempat tinggal.
28. menghormati dan menghargai orang lain dengan tulus tanpa memandang latar belakang, pangkat dan kedudukan.
29. Menjauhi sikap irihati dan dengki.
30. Rela berkorban demi kepentingan agama dan keselamatan umat Islam.

Tuesday, March 21, 2006

CAS DAN KESEIMBANGANNYA

Pernah sahabat-sahabat lihat, ada orang rehatnya banyak dan tidurnya lama, tetapi badannya tidak cergas. Ada orang rehatnya sedikit dan tidurnya sekejap tetapi badannya kuat. Pernahkah sahabat berfikir mengapa hal ini terjadi? Sepatutnya orang yang banyak berehat badannya lebih sihat daripada orang yang bekerja kuat dan rehatnya sedikit.

Kita selalu menyangka apabila kita terlalu menggunakan otak dalam kegiatan harian kita, kita akan mudah sakit kepala, otak akan sakit dan fungsi keberkesanannya akan berkurangan. Walaupun hal ini kadangkala ada benarnya, realitinya bukanlah begitu. Otak semakin digunakan ia akan semakin efisyen. Otak yang lemah adalah otak yang terbiar dan jarang digunakan untuk berfikir, mengingat dan mengenali penciptanya.

Kita lihat pada contoh sebuah kereta yang mengalami kerosakan apabila enjinnya tidak dihidupkan untuk jangka masa lama. Ia akan semakin rosak jika hanya dihidupkan tanpa dipandu. Prestasinya juga akan menurun jika ia tidak pernah dipandu laju. Ini bermakna semakin kerap sesebuah kereta itu dipandu ia akan berada dalam keadaan yang semakin baik, meskipun beberapa hal akan mengalami kesusutan.

Demikianlah otak dan keseluruhan badan kita. Semakin kerap otak digunakan untuk berfikir, menyimpan ilmu dan dibawa mengenal penciptanya, ia semakin terlatih dan cekap. Semakin lama tidak digunakan, ia semakin lemah dan hilang wibawa.

Sebenarnya sahabt-sahabat, keseluruhan badan kita mengalami keadaan yang sama. Semakin lama jari-jari tidak digunakan untuk mengetuk papan kekunci komputer, semakin hilanglah kemahirannya. Setelah setahun tidak menulis menggunakan komputer, jari-jemari akan menjadi "kaku". Kita gagal menggunakan fungsi jari pada satu-satu huruf. Pada hal sebelumnya kita boleh menaip tanpa melihat papan kekunci pun.

Cuba kita kaitkan sola pergerakan tubuh dan penggunaan otak secara kerap dengan kewajipan yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam yang mukallaf dalam hidup mereka. Kewajipan yang dimaksudkan itu ialah kewajipan sembahyang fardu lima kali sehari.

Kajian tentang sembahyang telah dilakukan oleh seorang profesor dari Amerika. Beliau bukan sekadar mengkaji sembahyang itu bahkan tentang perintah berjemaah sekali. Beliau mencari sebab mengapa Islam mementingkan berjemaah apabila sembahyang. Kajiannya mendapati tubuh manusia mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif.


Menurut profesor berkenaan, dalam aktiviti harian seseorang manusia, proses pembakaran tenaga akan berlaku. Dalam proses ini berlaku pertukaran cas antara positif dengan negatif. Akibatnya berlaku ketidakseimbangan cas dalam tubuh. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Kajian ini menunjukkan sembahyang berjamaah itu dan jumlah rakaat yang berbeza-beza antara solat dengan solat yang lain akan menyeimbangkan cas-cas berkenaan. Dalam sembahyang berjemaah, makmum perlu meluruskan barisan, digalakkan bertemu bahu dan bersentuhan hujung jari kaki. Cas yang berlebihan, sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan dalam keadaan begini manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam badan. Semakin lama sentuhan ini berlaku, semakin seimbanglah cas-cas yang dikeluarkan ataupun ditarik ke dalam.

Beliau menyatakan, apabila kita tidur, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Justeru itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, sembahyang Subuh hanya dua rakaat.
Setelah sehari suntuk bekerja keras dan memerah otak, semua cas kembali tidak seimbang. Dengan sembahyang berjamaah sebanyak empat rakaat, hal ini dapat diperbetulkan. Empat rakaat bererti memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas.


Situasi yang sama berlaku pada sebelah petang tatkala banyak tenaga dikeluarkan untuk menyambung kembali tugas. Sekali lagi kita kehilangan banyak cas. Dengan hukum supaya mengerjakan sembahyang Asar sebanyak empat rakaat itu, tubuh kita mendapat peluang untuk mendapat cas-cas yang diperlukan.

Selalunya pada waktu sebelah malam kita kurang pula menggunakan tenaga. Antara waktu Maghrib membawa ke Isya' masa yang ada hanya kira-kira sejam. Maka sembahyang Maghrib dilakukan hanya tiga rakaat. Kemudian timbullah persoalan difikirkan profesor berkenaan tentang sembahyang Isya'. Mengapa ia mesti dilakukan sebanyak empat rakaat sedangkan pada waktu itu kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pertukaran cas yang banyak.

Keistemewaan empat rakaat pada waktu Isya' akan menstabilkan cas serta memberi tenaga untuk kita bangun malam bagi mengerjakan qiamulail. Tanpa ragu-ragu beliau mengatakan betapa agama Islam itu sangat lengkap dan istimewa sekali. Bagi orang yang mahu berfikir dan menggunakan otak, dia akan mempelajari banyak perkara tetapi orang yang malas akan hanya menimbunkan kebebalannya.

Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa semakin banyak kita menggerakkan tubuh mengikut keperluan dan kesesuaian maka akan semakin cemerlang dan hebatlah kita, sebaliknya semakin malas kita melakukan apa-apa akan semakin lemah dan bekulah kita. Semakin kerap kita menggunakan otak untuk berfikir, mengingat dan mengenal penciptanya akan semakin cemerlanglah otak kita. Sebaliknya semakin malas kita menelaah semakin bebal dan lemahlah kita.

Pilihan sentiasa terletak di tangan kita sendiri.

(PSIKOLOGI)


p/s: kajian menurut profesor dari Amerika....maaf andai ada kesilapan..

Saturday, March 18, 2006

PUTARAN MASA

Putaran masa
Telah memisahkan kita
Segalanya ketentuan maha Esa
Bersabarlah atas segalanya
Kita hanya hamba yang lemah

Gelak tawamu kan daku ingati sahabat
Di dalam hati sebagai satu memori
Semoga Allah kan memberkatimu
Di atas perpisahan ini

Mengapa kita dipertemukan
Dan mengapa jua kita dipisahkan
Mungkinkah ini satu dugaan
Dalam realiti kehidupan


Ya Allah
Berikanlah kekuatan dan ketabahan iman
Moga diberkati perpisahan ini
Dalam dakapan kasih Mu tuhan

Ku mohon keredhaan
Moga yang terindah kan terungkap kembali

Friday, March 17, 2006

Pasrah Padamu

Derap kaki mula melangkah
Menuju salam perjuangan
Segalanya akan bermula... di sini

Tegakah kau hati
Menempuh duri nan berbisa
Yang akan kau hadapi kelak
Mampukah kau berpijak di bumi nyata

Oh Tuhan...
Kerana lambaian kasihMu... aku di sini
Mencari sinar mentari kehidupan

Aku bukanlah yang selayaknya
Kerdil lagi hina diri ini di hadapanMu
Namun, Qada' dan Qadar Mu aku pasrah
Demi maghfirah, demi haruman syurgawi

Tuhan...
Sekelumit jiwa ini berbicara
Untuk sekian mehnah yang kau berikan
Ku bersyukur, lantaran ujianMu yang Maha hebat
Kini ku terasa dekat denganMu
Sesungguhnya hati ini amat merindui
Belaian kasih abadi

Sedetik hati ini mengadu
Kepada Mu yang Esa
Bahawa... kehidupan perlu ku teruskan

Terima kasih Tuhan...
Atas kesedaran ini, untuk ku menikmati
Kemanisan iman, dan nur kasih Mu

al widad .....

Friday, March 03, 2006

Biar apa orang kata,
Biar apa ujian yang melanda
PERCAYALAH di sebalik yang buruk itu ada nilainya
Di sebalik kaca yang pecah itu ada manfaatnya
Dan di sebalik tohmahan yang dihamburkan
Ada kesedaran yang Allah berikan untuk hambaNya
Meneliti dan berfikir setiap kejadian serta ciptaan agungNya

Thursday, March 02, 2006

Hidup ini umpama roda berpusing-pusing...kadang kala merasakan kebahagiaan dan adakalanya kita akan menghadapi cabaran kehidupan..... Kadang kita macam tak mampu menghadapi pelbagai permainan hidup tapi, sebenarnya di sana ada hikmah yang Allah cuba berikan kepada kita. Dugaan hanya untuk menguji tahap keimanan. Jadi, mengapa kita perlu bersedih kerana dugaan itu banyak mengajar mengenal erti kehidupan...memberi pengalaman dan ilmu yang adakalanya tanpa kita sedari kita perolehi ilmu tersebut...percayalah bahawa nusrah Allah sentiasa bersama hambanya yang ikhlas. kadang, ada sahaja dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari. muhasabah diri setiap hari agar diri tidak terus jatuh dek arus kehidupan dan dugaan...kerana dugaan itu akan lebih mengakrabkan diri kita kepada Allah dan itu tandanya Allah menyayangi kita. Bahawa Dia merindukan rintihan hambaNya kepadaNya...andai kita redha atas pemberianNya, InsyaAllah kebaikan yang akan kita perolehi...andai diri ini rasa terleka, diri ini kerap merenung kalam Mustapa Masyhur yang rasanya cukup indah sebagai ingatan diri.....

kita sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda,
apakah kita tidak merenung sejenak untuk bersimpuh di ampaian rahmatNya
bagi mengetuk pintu ilahi menagih rahmat dan keampunan.
bangunlah Qiamullail sebagaimana bangun seorang fakir dan hina
merangkak dalam sayap kegelapan malam
untuk mengetuk pintu pemilikNya yang mulia
lantas bersimpuh atas pintuNya
dalam keadaan hina, pasrah, rasa kekurangan
dan mengaku atas segala silap yang dilakukan
dan merasakan amat perlu pada keampunan dan keredhaanNya
serta restu dan rahmatNya.
KETAHUILAH pintu tuhanmu pada kegelapan malam
munajat hamba yang ikhlas
( Mustapa Masyhur )

Wednesday, March 01, 2006

cerita timur...

sejak kecil, aku sering menghadap jendela menyaksikan keindahan alam, kehijauan dedaun, kicauan beburung, dan celahan angin yang meniup sesepoi bahasa membuatkan hatiku terdetik "oh, cantiknye alam ini ye". sering aku bertanya kepada diriku sendiri "kan seronok kalau aku jadi burung, dapat terbang keawan". hatiku makin seronok melihat kicauan beburung terbang mengelilingi angkasa bersama-sama. tiba-tiba aku tersentak dek sahutan ibuku "sayang, mari makan". aku bergegas lari mendapatkan ibuku didapur sambil fikiranku masih bermain dengan keindahan alam. "ibu... mengapa burung dapat terbang?" ibuku tersenyum "sayang, burung dapat terbang kerana mempunyai sayap". "ooo" aku mengangguk sebagai tanda faham, namun hatiku masih ingin bertanyakan sesuatu "tapi ibu, kan seronok kalau adik dapat terbang, terbang ke atas awan dengan kawan-kawan dan bernyanyi bersama". ibu hanya tersenyum "betul tu sayang, memang seronok kalau kita boleh terbang keawan, cube lihat burung di atas tanah tu!" aku menoleh "ooo, burung tu, dia sedang mematuk mencari makan". sapa ibuku "em, pandai pun sayang ibu, walaupun burung mempunyai sayap untuk terbang, tapi cube lihat burung tadi, makan mematuk guna paruh saje" aku menyampuk "adik tak nak makan cara macam tu" ibu terus memelukku "sayang, kita patut bersyukur dengan kejadian kita, kita dipunyakan sesuatu yang lebih berharga dari sayap burung tadi, kita ada akal untuk berfikir mana yang elok, inilah harga pemberian Allah untuk manusia, tidak pada makhluk yang lain contohnye burung, tapi kita jangan lupa dan alpa dengan nikmat akal ni, sebab kadang kala kita boleh jadi lebih teruk dari makhluk yang lain, sayang fahamkan" aku berfikir sejenak dengan kata-kata ibuku tadi "adik faham ibu, terima kasih ibu, terima kasih Allah (alhamdulillah), adik akan cube jadi anak yang baik dan gunakan tangan adik dengan akal untuk melakukan perkara-perkara baik, adik nak tolong ibu hari-hari, bolehkan?" ibu tersenyum sambil menciumku "boleh sayang"

"life is just like a wheel, the good things will come over after the bad things
and the bad things will come over after the good things,
it will be happen again and again"
only iman and taqwa will protect it...