Wednesday, March 01, 2006

cerita timur...

sejak kecil, aku sering menghadap jendela menyaksikan keindahan alam, kehijauan dedaun, kicauan beburung, dan celahan angin yang meniup sesepoi bahasa membuatkan hatiku terdetik "oh, cantiknye alam ini ye". sering aku bertanya kepada diriku sendiri "kan seronok kalau aku jadi burung, dapat terbang keawan". hatiku makin seronok melihat kicauan beburung terbang mengelilingi angkasa bersama-sama. tiba-tiba aku tersentak dek sahutan ibuku "sayang, mari makan". aku bergegas lari mendapatkan ibuku didapur sambil fikiranku masih bermain dengan keindahan alam. "ibu... mengapa burung dapat terbang?" ibuku tersenyum "sayang, burung dapat terbang kerana mempunyai sayap". "ooo" aku mengangguk sebagai tanda faham, namun hatiku masih ingin bertanyakan sesuatu "tapi ibu, kan seronok kalau adik dapat terbang, terbang ke atas awan dengan kawan-kawan dan bernyanyi bersama". ibu hanya tersenyum "betul tu sayang, memang seronok kalau kita boleh terbang keawan, cube lihat burung di atas tanah tu!" aku menoleh "ooo, burung tu, dia sedang mematuk mencari makan". sapa ibuku "em, pandai pun sayang ibu, walaupun burung mempunyai sayap untuk terbang, tapi cube lihat burung tadi, makan mematuk guna paruh saje" aku menyampuk "adik tak nak makan cara macam tu" ibu terus memelukku "sayang, kita patut bersyukur dengan kejadian kita, kita dipunyakan sesuatu yang lebih berharga dari sayap burung tadi, kita ada akal untuk berfikir mana yang elok, inilah harga pemberian Allah untuk manusia, tidak pada makhluk yang lain contohnye burung, tapi kita jangan lupa dan alpa dengan nikmat akal ni, sebab kadang kala kita boleh jadi lebih teruk dari makhluk yang lain, sayang fahamkan" aku berfikir sejenak dengan kata-kata ibuku tadi "adik faham ibu, terima kasih ibu, terima kasih Allah (alhamdulillah), adik akan cube jadi anak yang baik dan gunakan tangan adik dengan akal untuk melakukan perkara-perkara baik, adik nak tolong ibu hari-hari, bolehkan?" ibu tersenyum sambil menciumku "boleh sayang"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home