Thursday, March 02, 2006

Hidup ini umpama roda berpusing-pusing...kadang kala merasakan kebahagiaan dan adakalanya kita akan menghadapi cabaran kehidupan..... Kadang kita macam tak mampu menghadapi pelbagai permainan hidup tapi, sebenarnya di sana ada hikmah yang Allah cuba berikan kepada kita. Dugaan hanya untuk menguji tahap keimanan. Jadi, mengapa kita perlu bersedih kerana dugaan itu banyak mengajar mengenal erti kehidupan...memberi pengalaman dan ilmu yang adakalanya tanpa kita sedari kita perolehi ilmu tersebut...percayalah bahawa nusrah Allah sentiasa bersama hambanya yang ikhlas. kadang, ada sahaja dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari. muhasabah diri setiap hari agar diri tidak terus jatuh dek arus kehidupan dan dugaan...kerana dugaan itu akan lebih mengakrabkan diri kita kepada Allah dan itu tandanya Allah menyayangi kita. Bahawa Dia merindukan rintihan hambaNya kepadaNya...andai kita redha atas pemberianNya, InsyaAllah kebaikan yang akan kita perolehi...andai diri ini rasa terleka, diri ini kerap merenung kalam Mustapa Masyhur yang rasanya cukup indah sebagai ingatan diri.....

kita sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda,
apakah kita tidak merenung sejenak untuk bersimpuh di ampaian rahmatNya
bagi mengetuk pintu ilahi menagih rahmat dan keampunan.
bangunlah Qiamullail sebagaimana bangun seorang fakir dan hina
merangkak dalam sayap kegelapan malam
untuk mengetuk pintu pemilikNya yang mulia
lantas bersimpuh atas pintuNya
dalam keadaan hina, pasrah, rasa kekurangan
dan mengaku atas segala silap yang dilakukan
dan merasakan amat perlu pada keampunan dan keredhaanNya
serta restu dan rahmatNya.
KETAHUILAH pintu tuhanmu pada kegelapan malam
munajat hamba yang ikhlas
( Mustapa Masyhur )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home