Friday, March 17, 2006

Pasrah Padamu

Derap kaki mula melangkah
Menuju salam perjuangan
Segalanya akan bermula... di sini

Tegakah kau hati
Menempuh duri nan berbisa
Yang akan kau hadapi kelak
Mampukah kau berpijak di bumi nyata

Oh Tuhan...
Kerana lambaian kasihMu... aku di sini
Mencari sinar mentari kehidupan

Aku bukanlah yang selayaknya
Kerdil lagi hina diri ini di hadapanMu
Namun, Qada' dan Qadar Mu aku pasrah
Demi maghfirah, demi haruman syurgawi

Tuhan...
Sekelumit jiwa ini berbicara
Untuk sekian mehnah yang kau berikan
Ku bersyukur, lantaran ujianMu yang Maha hebat
Kini ku terasa dekat denganMu
Sesungguhnya hati ini amat merindui
Belaian kasih abadi

Sedetik hati ini mengadu
Kepada Mu yang Esa
Bahawa... kehidupan perlu ku teruskan

Terima kasih Tuhan...
Atas kesedaran ini, untuk ku menikmati
Kemanisan iman, dan nur kasih Mu

al widad .....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home