Thursday, July 06, 2006

MUSLIMAH PENCORAK GENERASI RABBANI

Redup wajahmu...disirami nur ilahi
Hemah tuturmu...sulaman akhlak terpuji
Pendirian nan jitu...biasan iman lakari hati
Muslimah solehah pagari peribadi

Generasi harapan...
Terhenyak lesu tanpa pimpinan
Rapuh iman tercampak ke lembah kehinaan
Mengharap mentari...
Lorongi jalan terangi kegelapan
Hidayah ar-Rahman susuri jiwa yang ketandusan

Wahai Muslimah.....
Pundakmu bebani taklifan
Teraju amanah dasari kebijaksanaan
Kelembutan bukan nilaian
Ketegasan di tiraian iman
Dirimu pencorak ummah tuju gemilang

Sirah nan silam...
Jadikan pengalaman
Mencorak insan di dalam acuan ketaqwaan
Saidina Hussin dinaungi cahaya kerahmatan
Didikan Fatimah bonda kesayangan


Binalah jati diri srikandi
Membimbing ummah... memimpin daulah
Muslimah pencorak generasi rabbani...

al-widad

Tuesday, July 04, 2006

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati yang mana ia diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

* Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a katakanlah :" Ya,Allah jadikan hatiku bersih, " Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100x sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murahrezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

*Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

*Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Surah 3 Qul" sebanyak 3x. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf perlu sebutkan ( bisikan kepada diri perkara yang positif ). Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehandiri sendiri. Katakan lah " Aku sebenarnya......( perkara yang elok-elok belaka )

* Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati " Ya,Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif ". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. CUBALAH!!

* Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. Cuba ingat tentang mati ( Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

* Kekalkan wuduk.

* Bersedekah. Jaga makanan. Jangan makan makanan yang syubhah.

* Berkawan dengan ulama. Berkawan dengan orang miskin ( menginsafi ).

* Menjaga pancaindera ( mata, telinga, mulut...dsb ), jangan dengar orang mengumpat.


"Teman Sejati Bukan yang Selalu Dekat DiMata,
Dekat Bicaranya Tetapi Dia yang Setia di Hati dan
Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya"



p/s...selamat mencuba....,agar anda akan menjadi insan yang cemerlang....